Monday, 21 April 2014

Sibuknya anakku

Assalammualaikum,,

Semalam rasa rindu sangat kat Auni,
Sebab teringat setiap hari Ahad,,, Auni & mama melekat 24 jam,,

Minggu lepas sebelum admit ,
Dah explain dekat Auni,
"Nanti Auni kena duduk dengan opah & atuk tau, mama sakit kena masuk hospital"
Terkebil-kebil dia tengok aku & sambung main tab..
Ingatkan dia kesedihan macam ku rasai,
Then, kali ke 3 aku explain lagi kat dia ,
Kali ni dengan deraian airmata,
Terus berpelukan & Auni cakap "opah nanak (taknak) , nak mama, nak mama"
sambil mencebik..
Ooo , rupanya dia faham jugak apa yang mama cakap...
.
.
.
.
.
Untill the day that mama supposed to leave her with opah...
Ku bersalaman dengan abah sorok-sorok ,
Sebab nak suruh abah  distract bawak Auni p tengok ayam/ikan kat belakang rumah..
Supaya dia tak berguling breakdance nangis nak ikut mama & papa bila kereta start nanti ,
Tengok-tengok laju je Auni join p salam atuk jugak,
Dia ingat mama & papa nak bawak dia sekali la tu,
Terus kami hold dulu hajat nak gerak balik  sampai Auni terleka..
.
.
.
.
Masa kami bertolak tu, atuk bawak dia p tengok ikan terus dia lupa dengan mama & papa,,
.
.
.
Semalam aku call mak tanya Auni ada sebut mama dia tak,
then mak cakap .......
Auni tak pernah sebut pasal mama pun,
Hari-hari sebelum tu pun aku ada tanya soalan yang sama kat mak,
sama jugak jawapan mak,,

Amboi, minggu lepas bukan main lagi mencebik cakap nak mama, nak mama.
mana janji manismu anak ....
=(

Rasa hairan jugak,
Then mak bagitau,
Jadual Auni sangat padat, dari berjaga pagi= sarapan dengan opah & atuk melayan dia,
then mandi berendam main bubble dengan maksu sampai 30-40 minit,(Mandi 3 kali sehari)
*kalau dengan mama tak sempatla nak main bubble bagai*
Then ikut maksu main tab, or sibuk tolong/ kacau opah memasak, makan tengahari dengan opah ,atuk n maksu, petang main kereta / lepak berjalan rumah saudara-mara sebelah rumah/ main buaian./ bagi makan ayam & ikan/ ikut atuk buat kerja kat luar rumah/ ikut opah siram pokok bunga,
malam =makan malam, lepak tengok tv dengan opah, atuk & maksu...fuh..memang sibuk anakku...


Hemm ,, patutle...
Auni sibuk sangat sampai lupa kat mama ye?

As long as Auni happy , mama Happy =)

fuhlega.blogspot.com

fuhlega.blogspot.com
fuhlega.blogspot.com


Miss Auni============blog mama

Jalan jalan Cameron Highland

Assalamualaikum...

Flashback..
Dialog seminggu sebelum kahwin..
.
.
.
.
Emm , kite nak p honeymoon kat mana ye,,
Emm, entahle, ayang nak g mana ?*Dolu-dolu panggil ayang , sekarang panggil mama pulok*
Kite g Cameron ok tak?
Ok- *Dengan senyuman hati berbunga-bunga *

.
.
.
.
Selepas akad nikah, selepas kenduri, demam , dengan khemah, pinggan mangkuk & macam-macam urusan yang tak settle, penyudahnye p honeymoon kat Taiping which is half and hour from my house,,=p
.
.
.
Untill ...
Last January..
Selepas  ada anak seorang...
Bersama-sama dengan keluarga kak ipar & mak mentuaku
Barula berjaya p Cameron,
Aku rasa macam dapat g Paris,
Sebab aku & sidia selalu plan nak p sana and sini tapi tak pernahnya jadi,
Nak g pasaraya Giant yang 10 minit dari rumah pun rasa macam merugikan "the only holiday that we have"
=p

PELIK TAPI BENAR...
Mungkin jugak sebab.... kami="homely type" person..
Mungkin juga sebab penat bekerja membuatkan kami hargai hari cuti yang ada.
Spent time bertiga, luncheon depan tv, watching ASTRO & gelak ketawa, take a longggg nap on Sunday afternoon seems to be much fascinating than travelling..
*Sangat tak membuka minda kan*

Jom kite tengok pic percutian Cameron yang aku dah banyak terdelete,.
Sebab dah terdelete terpaksa p curik  pics dari FB kakak ipar.
* Thanks kak, huhu*







fuhlega.blogspot.com
Kecur air liur pulak tengok ais-krim strawberry nih, nak p cari ais-krim le sat lagi.

fuhlega.blogspot.com
Anak papa


fuhlega.blogspot.com




fuhlega.blogspot.com
 Auni cakap apa ntah sampai mama & papa tergelak tuh


fuhlega.blogspot.com
Pengerusi & Naib pengerusi rombongan

fuhlega.blogspot.com
Dalam banyak-banyak anak patung comel yang dijual, arnab ini jadi pilihan Auni, yang lain semua dia takut cakap nak gigit.
fuhlega.blogspot.com
Anak- anak sedare teman, bujang lagi ni, sape berminat, haha

fuhlega.blogspot.com
Mama , papa, & Auni,, anak -anak saudaraku, mak mentua, kakak & abang ipar


Tengok pics  , jadi teringin nak p Cameron lagi,
Lagipun, banyak tempat yang kami tak sempat lawat..
Cameron...wait for us....=)

=p







holiday 0h holiday:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::blog mama