Wednesday, 8 May 2013

Genting Strawberry Leisure Farm & Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Minggu lepas ku bermuram durja .

Oh dugaan. Aku rindukan anak.
Bila duk melayan rindu-rinduan tu aku pun jadi malas segala macam ( tapi makan masih lalu). Entah bila la nak dapat pindah ni. Lagi lambat dapat pindah, lagi banyak aku duk membebel dalam blog ni. Pihak yang berkenaan tolongle pindahkan ku dengan segera .

Walau apapun, sangat bersyukur Hari Rabu minggu lepas cuti hari pekerja sebab aku memang rasa malas nak keje (gaji aku nak). Mulanya aku terfikir jugak nak balik kampong jumpe baby tapi bila fikir dengan mendalamnya ku batalkan niat sebab risau terponteng kerja lak nanti sebab cuti nya singkat.Lagipun aku tak pernah spent time dengan kawan-kawan kat Selangor ni.So,cuti Hari Pekerja yang lepas ku bergumbira di Genting Strawberry Leisure Farm & Colmar Tropicale Bukit Tinggi dengan kawan-kawan! Yey , gumbira –gumbira.

Lokasi pertama kami lepas breakfast adalah Genting Strawberry Leisure Farm. Selama ni aku tak perasan pun kewujudan tempat tu padahal dekat je dengan rumah.  Perjalanan mengambil masa 15 minit je dari  dari Kuala Kubu Bharu.
Antara yang best nye adalah Masuk kat dalam tu Percuma. Yes aku suke .
Aku ingatkan ladang strawberry semata-mata kat dalam farm tu rupanya ada banyak kedai jugak seperti kedai cenderahati, kedai keropok, kedai coklat, kafe, kedai madu,mushroom farm , vege farm & flower farm . So dengan teruja aku shopping jugakle kat dalam tu beli magnet peti ais ,buah strawberry (nak celup coklat), ubi  (rebus je) & cendawan (buat cendawan goreng)  *ala mak-mak kan* .Emm bagi sesiapa yang teringin nak memetik strawberry pulak bolehle tunjukkan skill tu.
Setiap 100g strawberry yang dipetik dikira RM8.
Waktu perniagaan dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam

Then,lokasi kedua kami = Colmar tropicale Bukit Tinggi. Sebenarnya aku jadi teruja nak g sana selepas Yana duk bercerita ke-best-an Colmar tropicale Bukit Tinggi ni yang macam-macam & pics pun nampak  macam ala- ala kat oversea  .Jadi atas pujukan aku ,Yana pun terpaksale drive memanjat karak highway bawak housematenya yang teruja ni . Kalau ikutkan, yana dah 3 kali g Bukit Tinggi, jadi yang over excited nak pergi adalah aku semata-mata ehehe.

Sebenarnya di  Negara Perancis memang wujud Bandar Colmar yang terkenal dengan  warisan senibina yang menakjubkan. Bandar Colmar di Perancis ,merupakan tempat kelahiran pengarca terkenal Perancis yang merekabentuk “Statue of Liberty” .Emm bersejarah
lak tite ye . So, basically bangunan kat Colmar tropicale Bukit Tinggi sama ala-ala Bandar Colmar di Perancis tu  . Kalau ada bajet lebih bolehle ke Kota Colmar  Perancis ,tapi aku mampu g kat Bukit Tinggi je .

Perjalanan ke Colmar tropicale Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami singgah solat  Zuhur di masjid  sebelum naik atas ( jadi tak payah fikir nak cari tempat solat kat atas) .

Bayaran masuk  ke Colmar tropicale Bukit Tinggi adalah RM12 seorang. Antara yang menarik di sana adalah bangunan nya yang ala-ala Perancis tu (ada hotel & kedai makan disitu ),Japanese Village ,ladang arnab, pakej menunggang kuda & perkhidmatan Shuttle sekitar Colmar tropicale Bukit Tinggi  

Yang paling ku suka adalah bergambar kat Bangunan ala-ala Perancis tu & bergambar kat Japanese Village . Yang lain ku tak berkesempatan sebab orang  ramai ,malas ku nak beratur ehehe.
Untuk makluman , nak g Japanese Village tu kena exercise sikit tapi bila sampai kat atas memang berbaloi . Berikut adalah tips semasa ke Bangunan Colmar tropicale Bukit Tinggi   & Japanese Village:

1.Pakai kasut yang selesa means tak payahle ber high heel sebab takde contest catwalk pun       nanti rasa terseksa lak memanjat bukit.

2.Bawa bekal air semasa ke Japanese Village  sebab mesti dahaga atau boleh beli air mineral botol kecik RM3 kat atas sinun.

3.Makan berat sikit semasa sarapan or bawa bekal kudapan sebab masa aku p sana tengok semua kedai makan full jadi kami pun terpaksa delay lunch. At last, semua pakat terdiam menahan lapar masa balik, dalam hati duk terbayang nasik je ( kalau ikutkan ada je strawberry dalam bonet kete tapi tak lalu plak jadi vegetarian, nak nasik  ).

Sidia cakap pipi ku sama cam maskot belakang tu,cis




Blog mama, cik yana & cik nani


Yana ,our profesionall travel guide




fuhlega.blogspot.com
free admission je. Jom senyum

Bahagia dengan strawberry

Pura-pura petik strawberry




hasil tuaian 
strawberry ku sayang



Teknik fotografiku, suruh kawan amik pic separuh supaya kurang embam. Kat ladang lavender.


Parrot & us . RM15 untuk sekeping pic



Aku yang tak fotogenik (pedulik le, bukannye ku model ) . 

Di Bangunan Colmar Tropicale . Kat sebelah tu cik nani serius bergambar

Cik yana , me , cik nani & sekalian pengunjung




On the way ke Japanese Village -nani dah start mendaki, aku sedap berposing  
& yana jadi photographer kat bawah




Half way ke Japanese Village= yana dah kat atas. kuat stamina yana ni, aku pulak senyum  ke telinga sambil semput nak oksigen, cik nani maintain je











Pic aku berangan kawaii pakai kimono ,, sewa kimono RM 20  di Japanese Village.

masa amik pic ni punyala ramai orang tengok ,
 rasa malu macam nak menyorok belakang batu besar tu



Posing nak tunjuk reben beso


Cik Yana with her fav flower




Kesimpulannyee,,  Aku enjoy keluar dengan kawan-kawan ku(  type with smiling face).Tak tau le bila kita dapat bersiar-siar camtu lagik sebab aku ni selalu je cabut balik kg .Di kesempatan ini ku berterima kasih dengan Cik Yana & Cik Nani sebab sudi g sightseeing dengan ku.Lain kali if ada peluang kite g jenjalan lagi ye.

Lastly,Genting Strawberry Leisure Farm & Colmar Tropicale Bukit Tinggi memang menjanjikan pengalaman yang best untuk percutian singkat kami.!

 LOVE, LOVE, LOVE::::::::::::::::::::blog mama

No comments: