Thursday 16 May 2013

Cerita gigi


Assalammualaikum

Hari ini ,jom kita cerita pasal gigi,, kenapa gigi?  Macam ni, selama bertugas di bahagian pergigian ni, banyak terjumpa dengan kes gigi yang berlapis-lapis pada kegigian campuran kanak kanak yang berumur 6 tahun hingga ke 12 tahun.

Gigi yang berlapis-lapis ini jika tidak dicabut awal akan menyebabkan kedudukan gigi KEKAL yang tidak teratur didalam rahang.
Sebenarnya kes gigi kekal yang tidak teratur/ berselerak boleh dielak jika dikesan pada peringkat awal.

Akhirnya,kebanyakan kes gigi berlapis yang TIDAK menerima cabutan awal terpaksa dirujuk ke pakar ortodontik untuk pemakaian aplians ortho/ braces.

Mari kita kenali jenis kegigian.
Set kegigian terbahagi kepada 2 jenis:

a)Set kegigian susu –20 batang gigi susu
Pertumbuhan gigi susu bermula sejak bayi berumur 6 bulan & lazimnya penuh pada umur 2 tahun


b) Set kegigian kekal-32 batang gigi kekal
Pertumbuhan gigi kekal bermula sejak kanak-kanak berumur 6 tahun & lazimnya penuh pada umur 17 tahun

Kegigian campuran? Kegigian campuran merupakan satu peringkat di mana kegigian susu akan digantikan dengan kegigian kekal secara berperingkat-peringkat di dalam mulut ( perlu diingat proses penggantian gigi susu ke gigi kekal tidak terjadi dalam sekelip mata tetapi secara berperingkat). Jadi secara normalnya ,kegigian campuran akan bermula pada umur 6 tahun sehingga umur 13/14 tahun. Pada peringkat ini kita akan dapati pelbagai saiz gigi atau kehilangan gigi susu pada kanak-kanak, lazimnya bermula pada gigi susu kacip bawah  .

Proses Resorpsi Akar Gigi Susu adalah proses dimana mineral pada akar gigi susu diserap oleh gigi kekal .Jika dilihat di dalam tulang rahang,kedudukan gigi kekal adalah dibawah gigi susu.Dalam bahasa mudahnya , selepas kekurangan mineral, gigi susu akan menjadi longgar secara semulajadi, bagi menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh. Tetapi terdapat sesetengah kes di mana gigi susu TIDAK menjadi longgar secara semulajadi dan memerlukan cabutan awal.

Jadi pemerhatian ibu bapa/ penjaga  adalah penting untuk memastikan  kejadian gigi kekal yang tidak teratur dapat dielak.

Imej A- menunjukkan gigi susu berlapis yang memerlukan cabutan
Imej B- menunjukkan keadaan gusi selepas cabutan . Gigi kekal mempunyai ruang untuk  
              tumbuh

Imej C-i)menunjukkan gigi berlapis yang memerlukan cabutan 
             ii) gigi susu yang telah dicabut pada sukuan kanan




fuhlega.blogspot.com

Gigi susu yang telah tercabut/eksfoliat secara semulajadi menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh.


Gigi susu kacip atas yang telah eksfoliat/ tercabut.



Sebarang kemusykilan, sila rujuk ke Klinik pergigian yang berhampiran untuk info lanjut.

love:::::::::::::::::::::::::::::::::blog mama

No comments: