Assalammualaikum.............
Bilakah kali terakhir anda buka mulut dan meneliti gigi anda?
Adakah anda berkumur setiap kali selepas makan?
Adakah anda menggosok gigi setiap malam sebelum tidur?
Adakah anda menggosok gigi sebanyak 3 kali dalam sehari?
Adakah anda benci makanan manis?
Kalau kebanyakan jawapan dari soalan diatas adalah TIDAK maka anda berisiko tinggi untuk mendapat kerosakan gigi.
Iye, mungkin anda bercakap dalam hati
* Aku tak gosok gigi pun tapi gigi aku ok je*
Memang ada insan bertuah yang tak gosok gigi tapi giginya sihat tapi kes tu mungkin 1 dalam ribuan orang di dunia ini.
Pengalamanku sendiri sebelum terjebak dengan bidang pergigian ni.
Selalu "termiss" berus gigi di malam hari, sebab after sesi watching tv , terus mengantuk lalu bantal busuk le yang dicapai and snuggle before tidur or kadang-kadang tertidur terus.
Nak berus gigi, jangan harap le.
Sekarang ni ,ku dah banyak berubah, if tak gosok gigi before tidur or tak berus gigi sekurang- kurangnya 3 kali sehari terasa dunia ini tidak sempurna.
Yela, time kerja aku berceramah sakan perihal pentingnya memberus gigi .
If Ahkak idak beruih gigi kira HANCHOR le ...
Pentingnya memberus gigi adalah untuk :
- menyingkirkan plak(tahi gigi) yang merupakan rumah banglo kepada jutaan mikroflora(bakteria) yang menjadi punca gigi berlubang.
- mengurangkan NILAI PH berasid di dalam mulut.
Perlu ke ber kumur lepas makan?
Mesti kite akan terfikir.............
Malule nak berkumur depan orang ramai, elok pulak sinki kat kedai makan sebelah meja hadirin je, tak ke kurang selera orang nanti bila tengok aksi berkumur mu yang terlampau tu...
Mudah je, try cari sinki yang tersorok untuk berkumur dan jangan sampai mengganggu keamanan dunia .
Bab makanan manis pulak ye?
To be honest , Im a big fan of ice-cream , chocolote & cake......
So.. bab ni try le avoid as much as you can sebab sugary food menjadikan nilai PH mulut berasid..
Cuba anda bayangkan kesan asid kepada kulit...
Begitulah jugalah tindakbalas asid pada struktur gigi yang keras tu............
Kesimpulannya,3 elemen penting untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat:
- Berus gigi dengan sempurna (dari gigi hadapan hingga gigi belakang ) menggunakan ubat gigi ber FLUORIDA sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Amalkan juga pengunaan floss pergigian serta berkumur dengan ubat kumuran (juga boleh berkumur dengan air garam suam) setiap kali selepas memberus gigi.
- Kurangkan gula, amalkan pemakanan seimbang.
- Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala, sekurang- kurangnya 6 bulan sekali bagi kes yang tidak berisiko.
Untuk Info lanjut, sila rujuk Klinik Pergigian Yang Berhampiran or contact me :-)
love my teeth::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::blog mama
No comments:
Post a Comment