Sunday 27 April 2014

Mata berair dikalangan bayi

Assalamualaikum...




fuhlega.blogspot.com

Cuba tengok lama-lama gambar Auni nih.
Tengok ye,
Anda terperasan sesuatu tak?
Sape jawab betul dapat eskrem paddlepop..
.
.
.
Ce teka....
.
.
.
.
.
.
.
.
Ha,,
Perasan tak mata sebelah kanan nye yang berair tu?
Kalu tak perasan .. try tenung & tengok balik & zoom kan sekali.


Al kisahnya, anakku Auni,
mempunyai masalah mata.
Mata sebelah kanannya berair sepanjang masa sejak 1 minggu selepas dilahirkan.
Kalau time dia nangis, airmata keluar merambu-rambu. Kalau time tak menangis ,airmata keluar meleleh.

Sebenarnya , Auni mengalami masalah yang sering ditemui dikalangan bayi yang baru lahir, iaitu salur air mata yang tersumbat (blocked tear duct / nasolacrimal duct). 

Pada keadaan normal, air mata akan disalurkan melalui salur halus di bahagian tepi mata menuju ke rongga hidung  . Kadangkala, salur - salur ini tidak matang / tidak terbuka sepenuhnya/ tersumbat pada bayi yang baru lahir.Ini menyebabkan airmata berkumpul di dalam mata dan tidak mengalir ke rongga hidung.Airmata yang berkumpul di dalam mata ini boleh  terbentuknya tahi mata dan dijangkiti kuman .

Dengan hati yang gundah - gulana ,Auni ku bawak ke doktor, pakar pediatrik akhirnya ke pakar optometris / mata .

Doktor  cek & bagitau mata Auni tiada jangkitan atau penyakit mata & preskripsi kan ubat titis yang mengandungi antibiotik .
Doktor syorkan :
  • Cuci mata yang bertahi dengan Cotton bud dan air suam.
  • Titis susu ibu - susu ibu mengandungi antibodi , sel darah putih & lysozyme (bahan protein yang membunuh kuman) yang mampu melawan jangkitan.
  • Urut salur  air mata supaya salur yang tersumbat boleh menjadi normal, bermula di bahagian penjuru mata dalam dan menuju ke arah hidung. Lakukan sebanyak 6- 10 kali sehari.
(Ini memang seksa nak buat sebab Auni fobia bila sentuh muka je ,zas zas laju dia tepis, so time dia tido le masanya aku massage kan salur mata )

Kesimpulannya,doktor, pakar pediatrik , pakar optometris  semua nya preskripsi & berikan konsultasi yang sama dan terangkan salur mata akan menjadi semakin matang & masalah mata berair Auni akan sembuh dengan sendiri apabila salur mata membesar seiring usia  . Selain itu jugak, kena Alert dengan tanda-tanda seperti kemerahan, kebengkakan pada mata  dan bayi demam , kerana itu menandakan ada jangkitan pada mata bayi (konjuktivitis). 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bawak ke setahun, mata Auni still sama jugak.

Dari usia  Auni baby, sampaile Auni boleh berlari , mata nya still sama berair jugak.

Kalau bawak p mana- mana kadang-kadang orang tegur "Eh, baru lepas nangis ye baby" / "kenapa mata dia nampak macam berair je?" / "mata dia tu ada masalah ke?"

Aku ni dah mengalahkan pakar mata , duk menjawab perihal mata anak dengan saintifiknye setiap kali ada yang tegur .

Akhirnya, selepas setahun , mata Auni masih sama. Pakar mata syorkan buat probing-masukkan probe -yang bentuk macam dawai ke salur mata dan tembus ke rongga hidung dalam keadaan bius.

#memang buat aku tak tido malam pikirkan anak nak kena probing!!

Suamiku  si Mr relax tu suggest,  mintak pakar mata monitor lagi sampai umur 2 tahun.

Alhamdulilah..
Syukur..


Berkat doa dan teknik urut salur mata tu,

Dengan kuasa Allah,

Akhirnya mata Auni sembuh =)

Sehari sebelum sembuh tu ,  ku perasan matanya jadi bertahi yang banyak,  tapi mata tiada kemerahan & kebengkakan.

Salur mata Auni yang tersumbat sudah kembali normal.

Alhamdulilah sekarang mata Auni nampak terang & airmata tak meleleh dah. =)

fuhlega.blogspot.com
Mata Auni tak berair dah.


Bersabar.. InsyAAllah..

Doa, doa, doa ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::blog mama










No comments: