Saturday 19 April 2014

5 bahasa bayi berumur 0-3 bulan.

Assalammualaikum..

5 hari kat wad bersalin terdengar baby menangis.
Teringat masa berpantang Auni dulu, dah macam cerita Ahmad Albab.
Auni menangis setiap 5 minit , tak tido langsung.Aku, mak & suami ada 3 shift untuk menjaga Auni di malam hari. Kalau hari suami takde, mak dengan aku le yang amik shift tu.

Harap-harap anak ke 2 ni jenis yang tido malam.Amin..

So tadi google pasal penjagaan bayi . Then baru teringat yang sebelum ni ada terbaca mengenai bahasa bayi yang diperkenalkan oleh Priscilla Dunstan .

Pada tahun 2006 Priscilla Dunstan telah mengeluarkan DVD mengenai bahasa bayi dan mendapat sambutan hangat di Amerika selepas dia diundang ke dalam rancangan Oprah Winfrey Show.

Jom kita berkongsi ilmu ini yang mungkin berguna pada bakal ibu dan bapa .

(Masa berpantangkan Auni tak tau lagi pasal bahasa bayi ni.)

1. Bunyi "Neh"(saya lapar) 

- Bayi menggunakan refleks "Neh" untuk menyatakan bahawa dia lapar, bunyi "Neh" terhasil melalui refleks hisapan apabila bahagian hujung lidah bayi berada pada bahagian lelangit.

2. Bunyi "owh"(saya mengantuk) 
- refleks seakan-akan menguap

3. Bunyi "Heh"(Ketidakselesaan) 
Bayi menggunakan refleks "Heh" untuk menyatakan bahawa dia stress, tidak selesa dengan sesuatu situasi seperti panas / sejuk/ ketat/ atau lampin nya sudah basah.Bunyi "Heh" terhasil melalui respon kepada refleks kulit seperti rasa berpeluh / kegatalan . 

4. Bunyi "Eairh"(gas/angin pada bahagian bawah perut) 
Bayi menggunakan refleks "Eairh" untuk menyatakan keadaan flatulence = kembung perut,senak, gas di dalam perut, , bunyi "Eairh" terhasil apabila ada gas terperangkap di dalam perut dimana otot usus mengetat untuk memaksa angin keluar. Lazimya bunyi ini di susuli dengan sentakan kaki bayi .

5. Bunyi "Eh"(saya mahu disendawa) 
Bayi menggunakan refleks "Eh"  untuk menyatakan bahawa dia mahu disendawa, bunyi "Eh"  terhasil apabila udara terperangkap pada bahagian dada. Bunyi "Eh" terhasil melalui  refleks bayi untuk melepaskan udara terperangkap melalui mulutnya.


Untuk lebih kefahaman mengenai bahasa bayi ini , kena buka link ini:


               

Sharing is caring============blog mama

No comments: