Saturday 19 April 2014

Happy 2nd birthday Auni

Assalamualaikum....

Dah 5 hari kat wad bersalin,,
Dah 4 orang baby yang lahir,
Rasa happy tengok baby ,
Rasa jealous pun ada,
Ibu-ibu preggy datang dan pergi,,
Aku jugak yang jadi penunggu setia wad katil 5 ni,,
Rutin harianku = makan -tido-makan-tido-makan-tido..
Tengahari buta tadi terjaga dari tido yang lena,
ternampak pic Auni kat wallpaper HP
fuhlega.blogspot.com

Terus wasap Sidia Pic Auni dengan caption "rindu ini budak"
Sidia tak reply, bz je BF aku ni
Then terus call mak nak cakap dengan Auni,,
Auni tido pulok,
Mula lah aku terkenang-kenang anak,

Isnin lepas, besday Auni yang ke-2,,
Dah plan macam2 dengan deko, makanan , design semua..
tapi apakan daya,,
kena admit,, lupakan dulu,, 
setelkan baby dulu,,

Nur Auni Zarra,
makin besar ni makin panjang akal dia,,
kuat merajuk,
bila merajuk pandai carik rakan sekutu,
if merajuk dengan papa dia p kat mama,
if merajuk kat mama dia p kat papa,
And bila merajuk mesti cakap nak dido (tido)
Ada ke merajuk nak tido??
Auni 's fav show

Nur Auni Zarra,
Obsesi dengan rancangan HI-5,,
kalau boleh 180 kali sehari nak tengok HI-5,,
Tak cukup rakam kat ASTRO dalam tab pun download Hi5,
Sampai 1 tahap terjaga malam nangis nak tengok HI-5,,
Last-last aku kelentong , cakap HI-5 tu nak makan, tido & Berak ,
baru la kurang demanding nye tu..

Nur Auni Zarra,
tak suke pakai baju,
berkejaran aku nak pakaikan baju dia lepas mandi
memang kalau boleh dia nak bogel je,
Entah apa yang seronok tak berbaju,

Nur Auni Zarra,
Kalau bawak naik mesin  letak duit yang menari-nari tu
memang taknok turun,,
Sekurang-kurangnye 2 jam kat situ,
Biarla ada 5 orang budak lain yang tunggu turn nak naik
Dia buat dek aje,
Aku yang segan dengan mak-mak bebudak tu,
Angkat dia dari mesin tu,
berguling dia kat simen,
berdrama,

Nur Auni Zarra,
Kojenye mendelete segala macam benda dalam phone aku,,
Dan  sibuk dail nombor ntah sape,,
Pernah Jam 1 pagi
Auni  call bos  2 kali,,
Buat malu mama je Auni,
Besok pagi nya .. rasa awkward je bila ternampak bos,

Nur Auni Zarra,
Rajin jugak menolongku ,
hari Sabtu=laundry day,
berebut-rebut dia tolong angkat baju yang nak disidai,
pernah termengah-mengah dia tarik sebakul besar kain nak dilipat ,
sedar-sedar ada sebelah aku,
Kalau time aku kat dapur tolong menyapu/main penyapu.
kalau time aku batuk dia amik botol air masak dia suruh aku minum,,
*Bodek mama le tu*

Kadang-kadang rasa geram dengan ragam Auni yang pelik-pelik,
tapi bila dah berjauhan ni rasa rindu sangat..


fuhlega.blogspot.com
Ini budak memang suka tak berbaju.

fuhlega.blogspot.com
Pose HI5 dari Auni

fuhlega.blogspot.com


fuhlega.blogspot.com

fuhlega.blogspot.com
Kesayanganku
To my baby girl..Auni..
mama wishing u all the happiness in the world,,
May Allah bless Auni always,,
Mama & papa loves Auni sooooooooooooooooo much..
Happy belated bIrthday my dearest princess,,



lots of love===============blog mama







No comments: