Wednesday 7 May 2014

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..






Beberapa minggu yang lepas, Jururawat Masyarakat ada bagi ceramah & risalah mengenai penyusuan susu ibu . Risalah tu memang ku simpan, tapi dah tak ingat kat mana, kebetulan semalam aku nak kupas buah tercari-cari kertas nak letak kulit, baru terperasan risalah penyusuan susu ibu di antara surat khabar lama,terus ku study . 

For the record, Auni tidak berpeluang fully Breast feed disebabkan  faktor jarak yang berjauhan.
So anak kedua ni berkobar-kobar nak fully BF.
Sepanjang di wad bersalin, ku lihat ramai ibu yang melahirkan anak pertama struggle untuk menyusukan anak.
*reminds me of me & Auni on our first breasfeeding moment*
Bukan senang nak BF if tiada pengalaman.Aku memang kagum+tabik dengan ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kalau  ibu yang bekerja lagi lah aku kagum sebab bukan senang nak konsisten dengan penyusuan susu ibu ni.
Aku pernah kecundang dalam proses fully BF ni & hati ni sedih bila tengok Auni minum susu formula buat kali pertama sebab aku tau there's no turning back & that's not fair for her  .

So, jomla kite share ilmu yang ku dapat dari risalah tu.

Adalah digalakkan untuk memulakan penyusuan secepat yang mungkin / dalam 1 jam pertama kerana bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting refleks)  pada waktu ini selain dapat meransang penghasilan susu ibu dan memastikan bayi mendapat kolostrum yang cepat.Jika bayi tidur terlalu lama , kejutkan bayi dan pujuk untuk disusukan.

----------------------------------
TEKNIK PENYUSUAN
----------------------------------
  • Duduk tegak atau posisikan badan ibu mengikut keselesaan, pastikan ibu selesa dengan bahagian belakang disokong.
  • Pastikan bayi mendapat lekapan "latch" yang sempurna
  • Penyusuan adalah sebanyak 10-12 kali (15-20 minit setiap sesi) / mengikut feeding cues bagi bayi yang baru lahir
  • Untuk panduan teknik penyusuan, klik sini

-----------------------------------------------------------
TANDA-TANDA BAYI MAHU MENYUSU (FEEDING CUES)
----------------------------------
  • Membuka mulut dan mencari payudara
  • Menggerakkan kepala kekiri-ke kanan
  • Membuat pergerakan menghisap 
  • Memamah jari , kain sebarang objek yang menyentuh bibirnya
  • Bunyi rengekan / menangis
------------------------
KOLOSTRUM?
------------------------
  • Merupakan susu awal ibu yang warna kekuningan & pekat semasa bayi dilahirkan.
  • Kuantitinya sedikit tapi mencukupi dengan saiz perut bayi.
  • Mengandungi kandungan antibodi & sel darah putih yang tinggi.
  • Merupakan imunisasi pertama bayi untuk melindungi dari jangkitan bakteria berbahaya.
  • Mempunyai kesan laksatif ringan- singkirkan mekonium (najis kehitam-hitaman bayi yang terhasil dari dalam perut ibu) & cegah jaundis(penyakit kuning).
  • Kaya dengan vitamin A & mempunyai faktor tumbesaran untuk mematangkan susu.

------------------------
KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK BAYI
------------------------
  • mengandungi antibodi untuk mencegah penyakit
  • susu ibu mudah dihadam oleh bayi-mengurangkan masalah cirit-birit / kembung perut
  • meningkatkan perkembangan otak bayi (iQ).
------------------------
KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK IBU
------------------------
  • mengecutkan rahim &mengurangkan pendarahan
  • mengurangkan risiko mendapat barah payudara & ovari
  • boleh mengurangkan berat badan*
  • menambahkan bonding antara ibu dan bayi
  • boleh menjarakkan kehamilan
------------------------
AKSESORI UNTUK PENYUSUAN IBU
------------------------
  • Breast pump
  • milk storage bag / bottle
  • ice pack
  • Breastfeeding bra
  • Breast pad
------------------------
CARA PENYIMPANAN SUSU
------------------------
  • Perahan susu ibu yang disimpan didalam ruang pembeku peti sejuk tahan selama 3 bulan
  • Perahan susu ibu yang disimpan didalam ruang pendingin peti sejuk tahan selama 3 - 5 hari
  • Perahan susu ibu pada suhu bilik tahan selama 4 jam & 8 jam pada bilik berhawa dingin
Catat tarikh pada bekas penyimpanan susu untuk memudahkan rujukan.
Bekas penyimpanan ada pelbagai jenis, seperti plastic storage , bottle storage yang boleh didapati di kedai barangan bayi, disyorkan memilih bekas penyimpanan yang BPA-free. 

Perahan  susu yang hendak digunakan perlu dipanaskan di dalam air suam dan digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh disimpan semula.Jangan panaskan susu menggunakan microwave / dapur.

Sebolehnya jangan introduce bayi dengan botol atau puting tiruan untuk mengelakkan bayi tidak konsisten menyusu dengan ibu. Gunakan sudu plastik / cawan kecil dan condongkan kebibir bayi (jangan tuang) biar bayi hirup sendiri. Bila kenyang bayi akan berhenti sendiri. Mesti sendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan untuk memastikan keselesaan perut bayi selepas penyusuan. Untuk panduan sendawakan bayi, klik SINI

Akhir kata..

Diharap post ini dapat memberi panduan =)








Breastfeeding for our child==============blog mama






4 comments:

fatim said...

Perkongsian yang menarik admin. :)

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas

Blog mama said...

Terima kasih=)

Nourulle said...

Ya setuju tu sis, bagi saya, nak lebih jimat masa, jimat tenaga, pergi je seminar @ class menyusu oleh pakar-pakar laktasi, buat la research sikit berkenaan seminar tu, tengok testimoninya, tengok berapa ramai yg dah berjaya, kemudian invest la sket duit demi untuk anak-anak.. bukan apa, kalau kita blajar sendiri tanpa guru, takut tak jadi nanti sediri fade up, so better kena ada mentor, boleh tanye2.. insyallah berjaya, kalau saya, saya cadangkan seminar Pn. Asiah, dia ajar berdasarkan pengalaman die.. huhu..Kelengkapan untuk menyusu pun kena ready dah, mcm breastpump, Baju Khas untuk Menyusu, semua ni penting untuk menjadikan kita lebih semangat untuk menyusukan bayi dan takde la nanti nak jadikan alasan malas sbb susah nak pump dekat office etc.

cetot said...

thanks for sharing sis. Info basic yang ibu2 patot tau..