Monday 19 May 2014

The Bantal Busuk Story..

Assalammualaikum,,

Weekend= hari laundry+ hari mengemas sedunia ,
So kalu datang rumahku on weekend =kemas+ bangga
Weekdays= rumahku dilanda puting beliung..
Teknik mengemas= sorting-buang-cuci..
Teknik yang diragui  mak..

Mak udoh trauma
Sebab pernah ku terbuang lempuk & tempoyak dari peti ais dia..
Sebab ku ingat dah expired...
Tabiatku if mengemas peti ais akan buang anything yang disuspek dah expired ..
Lepas kejadian sadis tu, mak complain/ monitor / audit /  rumah selepas aku ngemas.

Suatu hari,
Settle mengemas rumahku sendiri,
Aku telah membuat keputusan besar di dalam sejarah ketamadunan dunia,
Nekad membasuh bantal busuk si Auni,
Sebab kalau bagi saintis bawak ke makmal buat kajian, mesti dapat macam-macam penemuan .
And bila bawak bantal time shopping,
Orang yang memandang berkerut-kerut muka pandang serong ,,
Mama malu le sayang,I'm soo sorry dear ( if u Auni read this post later)

So pagi yang hening ku basuh bantal tu masuk seketul dalam washing machine,
Sebab budget jam 1.00 tengahari Auni nak guna untuk tido,
Settle basuh terus p jemur kat port yang paling panas..
Jam 1 tengahari angkat tengok bantal tu lembab lagi,
P jemur balik,
Jam 2 angkat balik still lembap,
Auni dah merengek nak BB , nak BB, nak BB (her bantal's nickname) sambil tunjuk kat bantal di jemuran.

Takpe,
mama ada plan B,
Ada bantal substitute , so bagi bantal tu dulu,
Sepantas kilat Auni gomol bantal substitute,
Terus dia baling ke dinding ,
Sambung merengek, nangis , nak BB, nak BB, nak BB, nak dido(tido), nak dido (tido)
Hadoii,,dia tak nak bantal substitute
Terpaksa rasuah tengok katun,
Tahan la dalam sejam,
Then,the whole day dia sambung meragam nak BB, nak BB,
Terpaksa rasuah p playground,
layan main masak-masak,
Tengok HI-5.
Suap susu,
Suap aiskrim.
Mandi bubble.
Sampai le ke senja,
Bantal tu kering +wangi..
Lega,,,
Mama rasa nak gimnastik gumbira,
Terus bagi Auni ....
Dia baling lagi, nak BB, Nak BB,
Aik, mama dah bagi BB ni,
*Auni confius/ tak dapat terima kenyataan fikir bau BB dah tak kick*
Terus tanggalkan sarung..
Akhirnya,
Tak sampai 5 minit,,
Dia tido,
Fuh ....lega...
Rasa dunia ini  aman bahagia..

So mama learnt a big lesson,
Hidup lebih aman & membahagiakan dengan bantal busuk di sisi Auni...
Never touch the bantal busuk , unless if you're strong enough ..

Auni & BB gorgeousnye. Bantal substitute kat belakang tu diignore je.


Hidup BB!================blog mama




No comments: